Prokhas nafi sedang berunding dengan KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Prokhas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, hari ini menafikan laporan sebuah akhbar kewangan bertajuk "Prokhas dilapor mahu mendapatkan pinjaman RM5 bilion daripada KWSP".

 

,

Selasa, 28 July 2009

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Prokhas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, hari ini menafikan laporan sebuah akhbar kewangan bertajuk "Prokhas dilapor mahu mendapatkan pinjaman RM5 bilion daripada KWSP".

Pengarah Urusan Prokhas Fazlur Rahman Ebrahim berkata tidak ada perjanjian atau "perbincangan" antara Prokhas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai isu pinjaman.

"Prokhas sendiri tidak memerlukan sebarang pinjaman untuk operasinya," katanya menerusi satu kenyataan mengenai laporan akhbar itu yang disiarkan semalam.

Fazlur berkata Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) mengurus dua skim pakej rangsangan kedua, bagi pihak kerajaan.

SJPP ialah agensi yang mengurus Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Kewangan Penstrukturan Industri bernilai RM10 bilion.

Menerusi kedua-dua skim itu, kerajaan menjamin pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan yang terlibat yang memenuhi kriteria.

Sehingga awal minggu lepas, SJPP meluluskan jaminan pembiayaan bernilai RM3.5 bilion menerusi skim berkenaan, kata Prokhas. Institusi kewangan dan kerajaan yang terlibat, mampu membiayai pembiayaan dan jaminan, katanya.

"Oleh itu, sama ada SJPP atau Prokhas tidak perlu mengumpul dana untuk tujuan seperti yang dilaporkan," katanya.

-- BERNAMA