News Coverage
DanaInfra Dapat Pengecualian Duti Setem Daripada Kementerian Kewangan
Bernama, 21 March 2013
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- DanaInfra Nasional Bhd memperoleh kelulusan Kementerian Kewangan yang mengecualian bayaran duti setem ke atas nota-nota kontrak yang dilaksanakan apabila DanaInfra Retail Sukuk di senarai Bursa Malaysia Securities. DanaInfra berkata pengecualian itu berkuat kuasa 7 Mac.
"Sebarang nota-nota kontrak yang dilaksanakan sebelum tarikh kuat kuasa itu, layak mendapat pengecualian dengan syarat nota-nota kontrak belum di setem," kata DanaInfra dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
DanaInfra, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, diperbadankan dengan objektif utama untuk melaksanakan pembiayaan bagi projek-projek infrastruktur yang diluluskan oleh kerajaan.
